SURAU NURUL ULUM

SURAU NURUL ULUM

Khamis, 30 Disember 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432

Tarikh          : 06 Mac 2011
Masa           : 8.00 pagi
Penceramah : akan dimaklumkan

Bagi sesiapa yang berhajat untuk menyumbang bagi majlis tersebut boleh berbuat demikian dengan menghubungi Jawatankuasa Surau. Serentak dengan itu, sesiapa yang berhajat untuk menyertai program aqiqah sempena majlis tersebut adalah dialu-alukan... Terima Kasih

Rabu, 8 Disember 2010

SAMBUTAN MA"AL HIJRAH 1432.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1432, dari kami Ahlijawatankuasa dan pegawai Surau Taman desa Kluang. Johor. Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada kita semua dan umat islam sedunia , Ameen...



       MUHARRAM, ianya adalah bulan yang pertama dalam tahun Islam ( Hijrah ). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah , ukhuwwah dan syiar islam itu sendiri.
       Pada asasnya , Muharram membawa maksud ' diharamkan ' atau 'dipantang' . Iaitu Allah S.W.T. melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun yang demikian larangan itu ditamatkan setelah pembukaan Makkah ( Al-Baqarah : 91 ). Sejak pemansuhan itu, umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

       DOA AKHIR TAHUN.
 Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib, pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan membaca doa ini , Allah S.W.T. mengampunkan dosanya setahun yang lalu. Terjemahan Doa tersebut adalah;

     " Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini , aku telah melakukan larangan - laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini , aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang Engkau redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya dari Engkau , YA ALLAH, YA KARIM, YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah pemohonanku ini dan jangan lah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas jujjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. "


       DOA AWAL TAHUN. 
Doa ini di baca sebanyak 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Terjemahan Doa tersebut adalah :

      " Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku memohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang di rejam, kuncu-kuncunya tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya, dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan pekara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


ATURCARA MAJLIS.

- Majlis Yasin & Tahlil.
- Bacaan Doa Akhir Tahun 1431H.
- Solat Maghrib Berjemaah.
- Bacaan Doa Awal Tahun 1432H.
- Ceramah Hijrah oleh penceramah
   Undangan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said
   ( Pengetua Sek.Men. Agama Arab Kluang. )
- Solat Isyak' Berjemaah.
- Jamuan Ringan.

Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said memulakan ceramahnya.


Sambutan dari jemaah surau Taman Desa amat memerangsangkan.


Gaya seorang Ustaz memberi ceramah


Para jemaah sedeng menghayati apa itu Hijrah.


Solat Isyak' Berjemaah


Selasa, 2 November 2010

OBJEKTIF DAN SKOP KERJA BIRO-BIRO SURAU TAMAN DESA KLUANG,JOHOR.

1.BIRO PEMBANGUNAN DAN EKONOMI
( TUAN HAJI BORHAN BIN HAJI SULAIMAN )

OBJEKTIF.

  1. Merancang , mengurus serta melaksanakan aktiviti ekonomi bagi memantap dan mengembangkan sumber ekonomi surau.
  2. Menjadikan surau sebagai pusat yang memiliki prasarana yang serba lengkap.
  3. Melahirkan masyarakat yang pemurah dan beramal jariah.
  4. Untuk mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang sistematik.
SEKOP KERJA.
  1. Menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi membantu serta memperkukuhkan kedudukan kewangan surau.
  2. Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan seperti :
  • yuran tetap.
  • sumber tetap individu.
  • sumbangan tetap syarikat.
  • lain-lain sumber yang berfeadah
     3.  Mengadakan aktiviti ekonomi sebagai sumber kewangan surau seperti :
  • pasar malam.
  • jualan langsung.
  • jualan makan malam.
  • lain-lain aktiviti yang berfeadah untuk sumber kewangan surau.
     4.  Melaksanakan pelan pembangunan terancang surau mengikut keperluan semasa.




2.BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH
( EN. ZAKARIA BIN HAJI AHMAD )


OBJEKTIF.
  1. Membentuk generasi khasnya, kepada generasi muda agar mendekatkan diri dengan surau semenjak dari kecil agar ianya menjadi generasi yang berilmu, beriman dan beramal.
  2. Menjadikan surau sebagai tempat percambahan minda, alternatif pusat-pusat tuisyen, komputer dan sebagainya.
  3. Menjadikan surau sebagai pusat pengukuhan akidah, syariah dan penyebaran maklumat terkini.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengingati dan menghayati syiar dan kebesaran islam.

SEKOP KERJA
  1. Menubuhkan kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, muqadam, Al-quran, tahfiz Al-quran dan kelas tambahan.
  2. Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji serta kumpulan-kumpulan nasyid.
  3. Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab.
  4. Mengadakan kelas pengajian Al-quran lanjutan daripada program membudayakan Al-quran.
  5. Mengadakan majalis ceramah umum, syarahan serta forum.
  6. Mengadakan program motivasi, kursus, dan bimbingan dari masa ke semasa.


3. BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
( TUAN HAJI NORDIN BIN SIDEK )


OBJEKTIF
  1. Menyatupadukan qariah tanpa mengira kedudukan dan kefahaman.
  2. Menjaga kebajikan dan sosial qariah.
  3. Melahirkan masyarakat yang perihatin serta memiliki semangat kekitaan.
  4. Pengukuhan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
  5. Melahirkan masyarakat muhibah dan penyayang tanpa mengira bangsa dan agama.
  6. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti kebajikkan dan sosial.
  7. Memperlengkapkan surau dengan kemudahan-kemudahan sosial dari segi fizikal dah rohani.
  8. Menjadikan surau sebagai lambang keamanan dan kerohani.

SKOP KERJA

  1. Bantuan kepada qariah yang terlibat dengan bencana alam.
  2. Bantuan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, OKU, sakit / uzur serta musafir/ muallaf.
  3. Program bersama pertubuhan politik, PIBG, NGO, badan  korporat serta jabatan kerajaan.
  4. Majlllis akad nikah, khatam al-quran dan gotong - royong. 


 4.BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN.
( EN. RAHMAT BIN ATAN. )


OBJEKTIF
  • Mewujudkan suasana yang bersih, sihat, nyaman, damai dan menarik dalam dan luar kawasan surau.

SKOP KERJA
  1. Merancang dan mengadakan program-program yang melibatkan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan surau seperti gotong-royong yang melibatkan qariah dan NGO.
  2. Menentukan kawasan luar dan dalam surau dalam keadaan bersih lagi menceriakan.
  3. Menyelia serta memastikan peralatan kebersihan dalam keadaan baik dan teratur.
  4. Memastikan tempat-tempat yang sentiasa di kunjung seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat berwuduk serta tandas dalam keadaan bersih dan teratur.
  5. Memastikan peralatan beribadat seperti al-quran, kitab yasin, sejadah, telekong dan kain bidai dalam keadaan bersih dan teratur.
  6. Menyelia dan menyediakan kemudahan di luar bangunan surau seperti rak kasut, rak simpanan bag dan tempat letak kendaraan supaya dalam keadaan teratur dan bersih.
  7. Menanam tumbuh-tumbuhan yang sesuai serta memastikan tumbuh-tumbuhan yang di tanam dalam keadaan yang memuaskan dan bersih daripada daun-daun yang kering.  



 5.BIRO PENGIMARAHAN SURAU.
( TUAN HAJI PARMAN BIN HAJI AHMAD. )



OBJEKTIF.
  1. Untuk memartabatkan al-quran sebagai panduan hidup setiap muslim dan muslimah.
  2. Untuk memastikan umat islam setempat dapat mempelajari serta membaca al- quran dengan mengetahui serta mengenal hukum-hukum tajwid , menghafal dan memahami masej yang disampaikan melalui sesuatu ayat, menghayati serta mengamalkan segala ajaran bertepatan dengan matlamat amal ma'ruf nani mengkar yang menjadi asas amal didalam al-quran.
  3. Untuk menjadikan bacaan al-quran itu sebagai amalan runtin harian yang utama oleh setiap individu muslim dan agenda penting dalam hidup mereka.

SKOP KERJA
  1. Membudayakan al-quran melalui konsep mengaji bersama setiap hari bermula selepas solat maghrib hingga isyak.
  2. Memastikan  pelaksanaan membaca al-quran dengan disertai oleh seberapa ramai qariah yang boleh.
  3. Mengadakan majlis khatam al-quran yang disertai oleg seberapa ramai qariah sekurang-kurangnya setahun sekali.
  4. Mengujudkan kelas bacaan al-quran untuk kanak-kanak di surau.


6.BIRO PENERBITAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
( ENCIK ANUAR BIN HAJI WAGIMAN. )



OBJIKTIF
  1. Menyampaikan segala maklumat terbaru dan terkini secara cepat dan tepat selaras dengan keperluan semasa.
  2. Menjadikan penerbitan dan teknologi maklumat sebagai instrumen pendidikan secara santai.

SKOP KERJA.
  1. Menyebarkan serta memaparkan segala program dan aktiviti surau secara harian, mingguan, bulanan serta tahunan melalui:
  • paparan di papan kenyataan.
  • poster-poster.
  • surat pekeliling.
  • papan digital bergerak.
  • laman blog.
     2.Mengemaskini laman sesawang surau bengan maklumat terkini dan menarik.
     3.Mengenalpasti keperluan semasa yang berkaitan dengan ict.



7.BIRO HAL EHWAL WANITA.
( PUAN HAJH ADIZAH BTE HAJI BADRI. )

OBJEKTIF.
  1. Untuk memartabatkan kaum wanita dikalangan masyarakat.
  2. Untuk membela kaum wanita yang teraniaya dan tersisih didalam qariah.
  3. Untuk melahirkan wanita solehah dan ibu-ibu mithali dalam qariah.
SKOP KERJA.
  1. Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
  2. Mengadakan kelas al-quran.
  3. Mengadakan kelas berzanji dan marhaban.
  4. Menubuhkan kumpulan yassin dan tahlil.
  5. Mengadakan program ibu mithali dan ibu tunggal.
  6. Menubuhkan pusat mempertemukan jodoh.
  7. Mengadakan kelas pengurusan jenazah.
  8. Mengadakan kelas masakan.
  9. Mengadakan kelas jahitan.
  10. Mengadakan kelas kemahiran kraftangan.
  11. Menubuhkan pusat penjagaan dan penyusuan anak.
  12. Mengadakan program usrah muslimah.
  13. Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid dan kesenian islam.
  14. Menubuhkan khidmat nasihat HELWA.
  15. Mengadakan kelas pengurusan rumahtangga.



            8.BIRO RAKAN MUDA.
( EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN AHMAD SAIDANI. )



OBJEKTIF.
  1. Untuk melahirkan qariah yang sihat, cergas dan berpotensi untuk membangunkan fizikal, mental dan rohani.
  2. Untuk melahirkan qariah yang memiliki sifat jati diri dan minda terbuka.
  3. Untuk melahirkan belia yang berilmu, beriman, beramal dan cintakan surau.
  4. Untuk melahirkan sukarelawan surau dari kalangan belia yang menjadikan surau sebagai pusat alternatif.
  5. Untuk memperdalam serta memperluaskan lagi ilmu pengetahuan disamping dapat mempelajari tentang ilmu agama islam dengan lebih mendalam lagi.
SKOP KERJA.
  1.  Perhubungan Multimedia seperti teknologi maklumat, internet, multimedia dan komputer.
  2. Membuat penerbitan seperti buletin, risalah, kad raya dan sebagainya.
  3. Mengadakan kelas seni pertahankan diri seperti silat dan taekwondo.
  4. Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid, kompang, berzanji, marhaban dan kendarat.
  5. Mengadakan aktiviti rehlah seperti mendaki, perkhemahan, ekspidisi dan lain-lain aktiviti yang berfeadah.
  6. Mengadakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain kelas yang difikirkan berfeadah.
  7. Mengadakan aktiviti riadah seperti bola sepak, sepak takraw, badminton dan sebagainya.


9.BIRO KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN.
( TUAN HAJI RAHMAT BIN HAJI HALIL. )


 OBJEKTIF.
  1. Mewujudkan suasana harmoni di Taman Desa disamping dapat membimbing para remaja kearah kehidupan yang berakhlak tinggi dan beriman.
  2. Mewujudkan semagat tolong-menolong, bantu membantu dikalangan qariah dengan penglibatan para qariah remaja.
SKOP KERJA
  1. Mencegah aktiviti kemungkaran, maksiat, genjala sosial, vandalisme dan segala aktiviti yang di tegah dalam islam.
  2. Membuat pemantauan dari aspek keselamatan.
  3. Memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa, pejabat agama, sekolah dan lain-lain lagi.
  4. Membuat perancangan serta program yang berfeadah untuk remaja bagi usaha untuk membentuk sahsiah diri.


10.BIRO PENGURUSAN ASET DAN PRASARANA SURAU.
( TUAN HAJI GHANI BIN KAMIS. )



OBJEKTIF.


           Mengwujudkan prasarana yang menarik dan teratur, disamping menguruskan aset yang           effisien, bersesuaian dengan kedudukkannya sebagai tempat beribadah, pencarian ilmu dan pembentukkan sahsiah diri.




SKOP KERJA.
  1. Menguruskan segala aset yang dimiliki oleh surau Taman Desa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  2. Mengenalpasti kaedah dan pelaksanaan bagi memastikan prasarana surau memenuhi keperluan semasa dan selesa. 






















                        







                                                      

Rabu, 27 Oktober 2010

AHLIJAWATANKUASA SURAU TAMAN DESA KLUANG , JOHOR.

PENGERUSI / PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN & EKONOMI
TUAN HAJI BORHAN BIN HAJI SULAIMAN


TIMBALAN PENGERUSI
TUAN HAJI MOHD NOOR BIN HASAN


BENDAHARI
TUAN HAJI OMAR BIN MD TAB


SETIAUSAHA
EN.MOHD MAHADI BIN HAJI DAWAM


PENOLONG SETIAUSAHA
TUAN HAJI MOHD TAIB BIN SAMION


PEMERIKSA KIRA-KIRA
TUAN HAJI MISDAN BIN JAMIL
TUAN HAJI MUHAMMAD BIN ISMAIL



AHLIJAWATANKUASA
TUAN HAJI ZAINAL BIN ZAINI
EN. TAHIR BIN MOHAMAD
EN.JAMIAN BIN AHMAD
TUAN HAJI MAHFUDZ BIN HAJI MOKHTAR
EN. CHE ROS BIN MEH
EN.MAHMOOD BIN JAFFAR
PUAN UMAIYAH BTE MOHAMAD


PENGERUSI BIRO KESELAMATAN & SUKARELAWAN
TUAN HAJI RAHMAT BIN HAJI HALIL


PENGERUSI BIRO PENGURUSAN ASET & PRASARANA SURAU
TUAN HAJI GHANI BIN KAMIS


PENGERUSI BIRO PENERBITAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT
EN. ANUAR BIN HAJI WAGIMAN


PENGERUSI BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN
EN. RAHMAT BIN ATAN


PENGERUSI BIRO RAKAN MUDA
EN.KHAIRUDDIN BIN AHMAD SAIDANI


PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL & KEBUDAYAAN
TUAN HAJI NORDIN BIN SIDEK


PENGERUSI BIRO PENGIMARAHAN SURAU
TUAN HAJI PARMAN BIN HAJI AHMAD


PENGERUSI BIRO PENDIDIKAN & DAKWAH
EN. ZAKARIA BIN HAJI AHMAD


PENGERUSI BIRO HAL EHWAL WANITA
PUAN HAJH ADIZAH BTE HAJI BADRI


IMAM
TUAN HAJI MD YUSOF BIN KHALID
TUAN HAJI NORDIN BIN SIDEK
TUAN HAJI HASHIM BIN HAJI MOHD
TUAN HAJI PARMAN BIN HAJI AHMAD
EN. ZAKARIA BIN HAJI AHMAD


BILAL
TUAN HAJI MAS'OOD BIN MOHD SAID
TUAN HAJI JEMAAT BIN RASIP
EN. SEDIK BIN JABAR
EN.MAHMOOD BIN JAFFAR


NOJA
EN. MOHD SYAFIQ BIN JASMI
EN. KHAIRUDDIN BIN AHMAD SAIDANI


KETUA UMNO CAWANGAN TAMAN DESA
TUAN HAJI MD YUNUS BIN SHARIF


KETUA WANITA UMNO CAWANGAN TAMAN DESA
PUAN HAJH HAYANTI BTE BAHRIM


KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN TAMAN DESA
EN. KHAIRUL NOORHAFIMAN BIN OTHMAN


KETUA PUTERI UMNO CAWANGAN TAMAN DESA
CIK. NORFAEZAH BTE HAJI BORHAN

































SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melawat laman blog surau taman desa kluang.               

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Ahlijawatankuasa surau taman desa kluang, Johor yang telah dilantik pada 17 Oktober 2010 bersamaan 09 Zulkaedah 1431. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan,maka laman blog surau ini dapat dibina dengan jayanya.

Dengan terbinanya blog surau ini, ianya menjadi seribu makna kepada seluruh ahli kariah surau taman desa serta penduduk setempat. Ini kerana medium ini menjadi saluran informasi yang memaparkan segala perkembangan serta kejayaan didalam catatan aktiviti surau taman desa.
Bersesuaian dengan perkembangan arus pembangunan serta kemodenan yang berlaku , ia nya menjadi cabaran serta peluang untuk umat islam memajukan diri amatlah luas. Sehubungan dengan itu , bermakna satu mekanisme baru perlu diwujudkan dalam diri kita sebagai umat islam agar menjadi insan kamil serta lebih bersedia menghadapi cabaran serta dugaan didalam dunia kehidupan pada masa kini. Justeru itu ,  saya berharap dan mengharap agar dengan terbinanya blog surau taman desa kluang , Johor ini dapat lah kita ahli kariah surau serta penduduk Taman desa kluang , Johor khususnya umat islam agar menfaatkan laman blog ini baik dari segi cadangan , luahan , aktiviti yang berlaku serta apa jua yang berkaitan bagi mengimarahkan lagi rumah Allah s.w.t. iaitu surau taman desa kluang , Johor.
Dengan itu saya doakan agar ahli kariah surau serta penduduk taman desa kluang , Johor khususnya umat islam agar terus mengejar kecermerlangan didalam kehidupan sebagai seorang muslim atau muslimah yang sejati lagi di berkati Allah s.w.t. dan mengekalkan jati diri sebagai seorang umat islam yang berilmu , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berketrampilan baik di rumah atau di luar rumah. Ingatlah , kejayaan yang dicari tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha , tawakal serta tekad yang bersungguh - sungguh.

Sekian, wassalam....
Pengerusi biro penerbitan & teknologi maklumat.
Surau taman desa kluang , Johor.