1.BIRO PEMBANGUNAN DAN EKONOMI
( TUAN HAJI BORHAN BIN HAJI SULAIMAN )
OBJEKTIF.
- Merancang , mengurus serta melaksanakan aktiviti ekonomi bagi memantap dan mengembangkan sumber ekonomi surau.
- Menjadikan surau sebagai pusat yang memiliki prasarana yang serba lengkap.
- Melahirkan masyarakat yang pemurah dan beramal jariah.
- Untuk mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang sistematik.
- Menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi membantu serta memperkukuhkan kedudukan kewangan surau.
- Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan seperti :
- yuran tetap.
- sumber tetap individu.
- sumbangan tetap syarikat.
- lain-lain sumber yang berfeadah
- pasar malam.
- jualan langsung.
- jualan makan malam.
- lain-lain aktiviti yang berfeadah untuk sumber kewangan surau.
2.BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH
( EN. ZAKARIA BIN HAJI AHMAD )
OBJEKTIF.
- Membentuk generasi khasnya, kepada generasi muda agar mendekatkan diri dengan surau semenjak dari kecil agar ianya menjadi generasi yang berilmu, beriman dan beramal.
- Menjadikan surau sebagai tempat percambahan minda, alternatif pusat-pusat tuisyen, komputer dan sebagainya.
- Menjadikan surau sebagai pusat pengukuhan akidah, syariah dan penyebaran maklumat terkini.
- Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengingati dan menghayati syiar dan kebesaran islam.
SEKOP KERJA
- Menubuhkan kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, muqadam, Al-quran, tahfiz Al-quran dan kelas tambahan.
- Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji serta kumpulan-kumpulan nasyid.
- Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab.
- Mengadakan kelas pengajian Al-quran lanjutan daripada program membudayakan Al-quran.
- Mengadakan majalis ceramah umum, syarahan serta forum.
- Mengadakan program motivasi, kursus, dan bimbingan dari masa ke semasa.
3. BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
( TUAN HAJI NORDIN BIN SIDEK )
OBJEKTIF
- Menyatupadukan qariah tanpa mengira kedudukan dan kefahaman.
- Menjaga kebajikan dan sosial qariah.
- Melahirkan masyarakat yang perihatin serta memiliki semangat kekitaan.
- Pengukuhan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
- Melahirkan masyarakat muhibah dan penyayang tanpa mengira bangsa dan agama.
- Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti kebajikkan dan sosial.
- Memperlengkapkan surau dengan kemudahan-kemudahan sosial dari segi fizikal dah rohani.
- Menjadikan surau sebagai lambang keamanan dan kerohani.
SKOP KERJA
- Bantuan kepada qariah yang terlibat dengan bencana alam.
- Bantuan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, OKU, sakit / uzur serta musafir/ muallaf.
- Program bersama pertubuhan politik, PIBG, NGO, badan korporat serta jabatan kerajaan.
- Majlllis akad nikah, khatam al-quran dan gotong - royong.
4.BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN.
( EN. RAHMAT BIN ATAN. )
OBJEKTIF
- Mewujudkan suasana yang bersih, sihat, nyaman, damai dan menarik dalam dan luar kawasan surau.
SKOP KERJA
- Merancang dan mengadakan program-program yang melibatkan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan surau seperti gotong-royong yang melibatkan qariah dan NGO.
- Menentukan kawasan luar dan dalam surau dalam keadaan bersih lagi menceriakan.
- Menyelia serta memastikan peralatan kebersihan dalam keadaan baik dan teratur.
- Memastikan tempat-tempat yang sentiasa di kunjung seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat berwuduk serta tandas dalam keadaan bersih dan teratur.
- Memastikan peralatan beribadat seperti al-quran, kitab yasin, sejadah, telekong dan kain bidai dalam keadaan bersih dan teratur.
- Menyelia dan menyediakan kemudahan di luar bangunan surau seperti rak kasut, rak simpanan bag dan tempat letak kendaraan supaya dalam keadaan teratur dan bersih.
- Menanam tumbuh-tumbuhan yang sesuai serta memastikan tumbuh-tumbuhan yang di tanam dalam keadaan yang memuaskan dan bersih daripada daun-daun yang kering.
5.BIRO PENGIMARAHAN SURAU.
( TUAN HAJI PARMAN BIN HAJI AHMAD. )
OBJEKTIF.
- Untuk memartabatkan al-quran sebagai panduan hidup setiap muslim dan muslimah.
- Untuk memastikan umat islam setempat dapat mempelajari serta membaca al- quran dengan mengetahui serta mengenal hukum-hukum tajwid , menghafal dan memahami masej yang disampaikan melalui sesuatu ayat, menghayati serta mengamalkan segala ajaran bertepatan dengan matlamat amal ma'ruf nani mengkar yang menjadi asas amal didalam al-quran.
- Untuk menjadikan bacaan al-quran itu sebagai amalan runtin harian yang utama oleh setiap individu muslim dan agenda penting dalam hidup mereka.
SKOP KERJA
- Membudayakan al-quran melalui konsep mengaji bersama setiap hari bermula selepas solat maghrib hingga isyak.
- Memastikan pelaksanaan membaca al-quran dengan disertai oleh seberapa ramai qariah yang boleh.
- Mengadakan majlis khatam al-quran yang disertai oleg seberapa ramai qariah sekurang-kurangnya setahun sekali.
- Mengujudkan kelas bacaan al-quran untuk kanak-kanak di surau.
6.BIRO PENERBITAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
( ENCIK ANUAR BIN HAJI WAGIMAN. )
OBJIKTIF
- Menyampaikan segala maklumat terbaru dan terkini secara cepat dan tepat selaras dengan keperluan semasa.
- Menjadikan penerbitan dan teknologi maklumat sebagai instrumen pendidikan secara santai.
SKOP KERJA.
- Menyebarkan serta memaparkan segala program dan aktiviti surau secara harian, mingguan, bulanan serta tahunan melalui:
- paparan di papan kenyataan.
- poster-poster.
- surat pekeliling.
- papan digital bergerak.
- laman blog.
2.Mengemaskini laman sesawang surau bengan maklumat terkini dan menarik.
3.Mengenalpasti keperluan semasa yang berkaitan dengan ict.
7.BIRO HAL EHWAL WANITA.
( PUAN HAJH ADIZAH BTE HAJI BADRI. )
OBJEKTIF.
- Untuk memartabatkan kaum wanita dikalangan masyarakat.
- Untuk membela kaum wanita yang teraniaya dan tersisih didalam qariah.
- Untuk melahirkan wanita solehah dan ibu-ibu mithali dalam qariah.
SKOP KERJA.
- Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
- Mengadakan kelas al-quran.
- Mengadakan kelas berzanji dan marhaban.
- Menubuhkan kumpulan yassin dan tahlil.
- Mengadakan program ibu mithali dan ibu tunggal.
- Menubuhkan pusat mempertemukan jodoh.
- Mengadakan kelas pengurusan jenazah.
- Mengadakan kelas masakan.
- Mengadakan kelas jahitan.
- Mengadakan kelas kemahiran kraftangan.
- Menubuhkan pusat penjagaan dan penyusuan anak.
- Mengadakan program usrah muslimah.
- Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid dan kesenian islam.
- Menubuhkan khidmat nasihat HELWA.
- Mengadakan kelas pengurusan rumahtangga.
8.BIRO RAKAN MUDA.
( EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN AHMAD SAIDANI. )
OBJEKTIF.
- Untuk melahirkan qariah yang sihat, cergas dan berpotensi untuk membangunkan fizikal, mental dan rohani.
- Untuk melahirkan qariah yang memiliki sifat jati diri dan minda terbuka.
- Untuk melahirkan belia yang berilmu, beriman, beramal dan cintakan surau.
- Untuk melahirkan sukarelawan surau dari kalangan belia yang menjadikan surau sebagai pusat alternatif.
- Untuk memperdalam serta memperluaskan lagi ilmu pengetahuan disamping dapat mempelajari tentang ilmu agama islam dengan lebih mendalam lagi.
SKOP KERJA.
- Perhubungan Multimedia seperti teknologi maklumat, internet, multimedia dan komputer.
- Membuat penerbitan seperti buletin, risalah, kad raya dan sebagainya.
- Mengadakan kelas seni pertahankan diri seperti silat dan taekwondo.
- Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid, kompang, berzanji, marhaban dan kendarat.
- Mengadakan aktiviti rehlah seperti mendaki, perkhemahan, ekspidisi dan lain-lain aktiviti yang berfeadah.
- Mengadakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain kelas yang difikirkan berfeadah.
- Mengadakan aktiviti riadah seperti bola sepak, sepak takraw, badminton dan sebagainya.
9.BIRO KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN.
( TUAN HAJI RAHMAT BIN HAJI HALIL. )
OBJEKTIF.
- Mewujudkan suasana harmoni di Taman Desa disamping dapat membimbing para remaja kearah kehidupan yang berakhlak tinggi dan beriman.
- Mewujudkan semagat tolong-menolong, bantu membantu dikalangan qariah dengan penglibatan para qariah remaja.
SKOP KERJA
- Mencegah aktiviti kemungkaran, maksiat, genjala sosial, vandalisme dan segala aktiviti yang di tegah dalam islam.
- Membuat pemantauan dari aspek keselamatan.
- Memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa, pejabat agama, sekolah dan lain-lain lagi.
- Membuat perancangan serta program yang berfeadah untuk remaja bagi usaha untuk membentuk sahsiah diri.
10.BIRO PENGURUSAN ASET DAN PRASARANA SURAU.
( TUAN HAJI GHANI BIN KAMIS. )
OBJEKTIF.
Mengwujudkan prasarana yang menarik dan teratur, disamping menguruskan aset yang effisien, bersesuaian dengan kedudukkannya sebagai tempat beribadah, pencarian ilmu dan pembentukkan sahsiah diri.
SKOP KERJA.
- Menguruskan segala aset yang dimiliki oleh surau Taman Desa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Mengenalpasti kaedah dan pelaksanaan bagi memastikan prasarana surau memenuhi keperluan semasa dan selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan