SURAU NURUL ULUM

SURAU NURUL ULUM

Selasa, 2 November 2010

OBJEKTIF DAN SKOP KERJA BIRO-BIRO SURAU TAMAN DESA KLUANG,JOHOR.

1.BIRO PEMBANGUNAN DAN EKONOMI
( TUAN HAJI BORHAN BIN HAJI SULAIMAN )

OBJEKTIF.

  1. Merancang , mengurus serta melaksanakan aktiviti ekonomi bagi memantap dan mengembangkan sumber ekonomi surau.
  2. Menjadikan surau sebagai pusat yang memiliki prasarana yang serba lengkap.
  3. Melahirkan masyarakat yang pemurah dan beramal jariah.
  4. Untuk mewujudkan sistem pengurusan kewangan yang sistematik.
SEKOP KERJA.
  1. Menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi membantu serta memperkukuhkan kedudukan kewangan surau.
  2. Mencari sumber kewangan tetap dan berterusan seperti :
  • yuran tetap.
  • sumber tetap individu.
  • sumbangan tetap syarikat.
  • lain-lain sumber yang berfeadah
     3.  Mengadakan aktiviti ekonomi sebagai sumber kewangan surau seperti :
  • pasar malam.
  • jualan langsung.
  • jualan makan malam.
  • lain-lain aktiviti yang berfeadah untuk sumber kewangan surau.
     4.  Melaksanakan pelan pembangunan terancang surau mengikut keperluan semasa.




2.BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH
( EN. ZAKARIA BIN HAJI AHMAD )


OBJEKTIF.
  1. Membentuk generasi khasnya, kepada generasi muda agar mendekatkan diri dengan surau semenjak dari kecil agar ianya menjadi generasi yang berilmu, beriman dan beramal.
  2. Menjadikan surau sebagai tempat percambahan minda, alternatif pusat-pusat tuisyen, komputer dan sebagainya.
  3. Menjadikan surau sebagai pusat pengukuhan akidah, syariah dan penyebaran maklumat terkini.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengingati dan menghayati syiar dan kebesaran islam.

SEKOP KERJA
  1. Menubuhkan kelas pembelajaran bagi kanak-kanak seperti kelas fardhu ain, muqadam, Al-quran, tahfiz Al-quran dan kelas tambahan.
  2. Menubuhkan kumpulan-kumpulan marhaban, berzanji serta kumpulan-kumpulan nasyid.
  3. Mengadakan kelas bimbingan Bahasa Arab.
  4. Mengadakan kelas pengajian Al-quran lanjutan daripada program membudayakan Al-quran.
  5. Mengadakan majalis ceramah umum, syarahan serta forum.
  6. Mengadakan program motivasi, kursus, dan bimbingan dari masa ke semasa.


3. BIRO KEBAJIKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
( TUAN HAJI NORDIN BIN SIDEK )


OBJEKTIF
  1. Menyatupadukan qariah tanpa mengira kedudukan dan kefahaman.
  2. Menjaga kebajikan dan sosial qariah.
  3. Melahirkan masyarakat yang perihatin serta memiliki semangat kekitaan.
  4. Pengukuhan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
  5. Melahirkan masyarakat muhibah dan penyayang tanpa mengira bangsa dan agama.
  6. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti kebajikkan dan sosial.
  7. Memperlengkapkan surau dengan kemudahan-kemudahan sosial dari segi fizikal dah rohani.
  8. Menjadikan surau sebagai lambang keamanan dan kerohani.

SKOP KERJA

  1. Bantuan kepada qariah yang terlibat dengan bencana alam.
  2. Bantuan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, OKU, sakit / uzur serta musafir/ muallaf.
  3. Program bersama pertubuhan politik, PIBG, NGO, badan  korporat serta jabatan kerajaan.
  4. Majlllis akad nikah, khatam al-quran dan gotong - royong. 


 4.BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN.
( EN. RAHMAT BIN ATAN. )


OBJEKTIF
  • Mewujudkan suasana yang bersih, sihat, nyaman, damai dan menarik dalam dan luar kawasan surau.

SKOP KERJA
  1. Merancang dan mengadakan program-program yang melibatkan kerja-kerja kebersihan dan keceriaan surau seperti gotong-royong yang melibatkan qariah dan NGO.
  2. Menentukan kawasan luar dan dalam surau dalam keadaan bersih lagi menceriakan.
  3. Menyelia serta memastikan peralatan kebersihan dalam keadaan baik dan teratur.
  4. Memastikan tempat-tempat yang sentiasa di kunjung seperti ruang solat, bilik kuliah, tempat berwuduk serta tandas dalam keadaan bersih dan teratur.
  5. Memastikan peralatan beribadat seperti al-quran, kitab yasin, sejadah, telekong dan kain bidai dalam keadaan bersih dan teratur.
  6. Menyelia dan menyediakan kemudahan di luar bangunan surau seperti rak kasut, rak simpanan bag dan tempat letak kendaraan supaya dalam keadaan teratur dan bersih.
  7. Menanam tumbuh-tumbuhan yang sesuai serta memastikan tumbuh-tumbuhan yang di tanam dalam keadaan yang memuaskan dan bersih daripada daun-daun yang kering.  



 5.BIRO PENGIMARAHAN SURAU.
( TUAN HAJI PARMAN BIN HAJI AHMAD. )



OBJEKTIF.
  1. Untuk memartabatkan al-quran sebagai panduan hidup setiap muslim dan muslimah.
  2. Untuk memastikan umat islam setempat dapat mempelajari serta membaca al- quran dengan mengetahui serta mengenal hukum-hukum tajwid , menghafal dan memahami masej yang disampaikan melalui sesuatu ayat, menghayati serta mengamalkan segala ajaran bertepatan dengan matlamat amal ma'ruf nani mengkar yang menjadi asas amal didalam al-quran.
  3. Untuk menjadikan bacaan al-quran itu sebagai amalan runtin harian yang utama oleh setiap individu muslim dan agenda penting dalam hidup mereka.

SKOP KERJA
  1. Membudayakan al-quran melalui konsep mengaji bersama setiap hari bermula selepas solat maghrib hingga isyak.
  2. Memastikan  pelaksanaan membaca al-quran dengan disertai oleh seberapa ramai qariah yang boleh.
  3. Mengadakan majlis khatam al-quran yang disertai oleg seberapa ramai qariah sekurang-kurangnya setahun sekali.
  4. Mengujudkan kelas bacaan al-quran untuk kanak-kanak di surau.


6.BIRO PENERBITAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
( ENCIK ANUAR BIN HAJI WAGIMAN. )



OBJIKTIF
  1. Menyampaikan segala maklumat terbaru dan terkini secara cepat dan tepat selaras dengan keperluan semasa.
  2. Menjadikan penerbitan dan teknologi maklumat sebagai instrumen pendidikan secara santai.

SKOP KERJA.
  1. Menyebarkan serta memaparkan segala program dan aktiviti surau secara harian, mingguan, bulanan serta tahunan melalui:
  • paparan di papan kenyataan.
  • poster-poster.
  • surat pekeliling.
  • papan digital bergerak.
  • laman blog.
     2.Mengemaskini laman sesawang surau bengan maklumat terkini dan menarik.
     3.Mengenalpasti keperluan semasa yang berkaitan dengan ict.



7.BIRO HAL EHWAL WANITA.
( PUAN HAJH ADIZAH BTE HAJI BADRI. )

OBJEKTIF.
  1. Untuk memartabatkan kaum wanita dikalangan masyarakat.
  2. Untuk membela kaum wanita yang teraniaya dan tersisih didalam qariah.
  3. Untuk melahirkan wanita solehah dan ibu-ibu mithali dalam qariah.
SKOP KERJA.
  1. Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
  2. Mengadakan kelas al-quran.
  3. Mengadakan kelas berzanji dan marhaban.
  4. Menubuhkan kumpulan yassin dan tahlil.
  5. Mengadakan program ibu mithali dan ibu tunggal.
  6. Menubuhkan pusat mempertemukan jodoh.
  7. Mengadakan kelas pengurusan jenazah.
  8. Mengadakan kelas masakan.
  9. Mengadakan kelas jahitan.
  10. Mengadakan kelas kemahiran kraftangan.
  11. Menubuhkan pusat penjagaan dan penyusuan anak.
  12. Mengadakan program usrah muslimah.
  13. Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid dan kesenian islam.
  14. Menubuhkan khidmat nasihat HELWA.
  15. Mengadakan kelas pengurusan rumahtangga.



            8.BIRO RAKAN MUDA.
( EN. MOHD KHAIRUDDIN BIN AHMAD SAIDANI. )



OBJEKTIF.
  1. Untuk melahirkan qariah yang sihat, cergas dan berpotensi untuk membangunkan fizikal, mental dan rohani.
  2. Untuk melahirkan qariah yang memiliki sifat jati diri dan minda terbuka.
  3. Untuk melahirkan belia yang berilmu, beriman, beramal dan cintakan surau.
  4. Untuk melahirkan sukarelawan surau dari kalangan belia yang menjadikan surau sebagai pusat alternatif.
  5. Untuk memperdalam serta memperluaskan lagi ilmu pengetahuan disamping dapat mempelajari tentang ilmu agama islam dengan lebih mendalam lagi.
SKOP KERJA.
  1.  Perhubungan Multimedia seperti teknologi maklumat, internet, multimedia dan komputer.
  2. Membuat penerbitan seperti buletin, risalah, kad raya dan sebagainya.
  3. Mengadakan kelas seni pertahankan diri seperti silat dan taekwondo.
  4. Menubuhkan kumpulan-kumpulan nasyid, kompang, berzanji, marhaban dan kendarat.
  5. Mengadakan aktiviti rehlah seperti mendaki, perkhemahan, ekspidisi dan lain-lain aktiviti yang berfeadah.
  6. Mengadakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas tuisyen dan lain-lain kelas yang difikirkan berfeadah.
  7. Mengadakan aktiviti riadah seperti bola sepak, sepak takraw, badminton dan sebagainya.


9.BIRO KESELAMATAN DAN SUKARELAWAN.
( TUAN HAJI RAHMAT BIN HAJI HALIL. )


 OBJEKTIF.
  1. Mewujudkan suasana harmoni di Taman Desa disamping dapat membimbing para remaja kearah kehidupan yang berakhlak tinggi dan beriman.
  2. Mewujudkan semagat tolong-menolong, bantu membantu dikalangan qariah dengan penglibatan para qariah remaja.
SKOP KERJA
  1. Mencegah aktiviti kemungkaran, maksiat, genjala sosial, vandalisme dan segala aktiviti yang di tegah dalam islam.
  2. Membuat pemantauan dari aspek keselamatan.
  3. Memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa, pejabat agama, sekolah dan lain-lain lagi.
  4. Membuat perancangan serta program yang berfeadah untuk remaja bagi usaha untuk membentuk sahsiah diri.


10.BIRO PENGURUSAN ASET DAN PRASARANA SURAU.
( TUAN HAJI GHANI BIN KAMIS. )



OBJEKTIF.


           Mengwujudkan prasarana yang menarik dan teratur, disamping menguruskan aset yang           effisien, bersesuaian dengan kedudukkannya sebagai tempat beribadah, pencarian ilmu dan pembentukkan sahsiah diri.




SKOP KERJA.
  1. Menguruskan segala aset yang dimiliki oleh surau Taman Desa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
  2. Mengenalpasti kaedah dan pelaksanaan bagi memastikan prasarana surau memenuhi keperluan semasa dan selesa.