SURAU NURUL ULUM

SURAU NURUL ULUM

Rabu, 27 Oktober 2010

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melawat laman blog surau taman desa kluang.               

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Ahlijawatankuasa surau taman desa kluang, Johor yang telah dilantik pada 17 Oktober 2010 bersamaan 09 Zulkaedah 1431. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan,maka laman blog surau ini dapat dibina dengan jayanya.

Dengan terbinanya blog surau ini, ianya menjadi seribu makna kepada seluruh ahli kariah surau taman desa serta penduduk setempat. Ini kerana medium ini menjadi saluran informasi yang memaparkan segala perkembangan serta kejayaan didalam catatan aktiviti surau taman desa.
Bersesuaian dengan perkembangan arus pembangunan serta kemodenan yang berlaku , ia nya menjadi cabaran serta peluang untuk umat islam memajukan diri amatlah luas. Sehubungan dengan itu , bermakna satu mekanisme baru perlu diwujudkan dalam diri kita sebagai umat islam agar menjadi insan kamil serta lebih bersedia menghadapi cabaran serta dugaan didalam dunia kehidupan pada masa kini. Justeru itu ,  saya berharap dan mengharap agar dengan terbinanya blog surau taman desa kluang , Johor ini dapat lah kita ahli kariah surau serta penduduk Taman desa kluang , Johor khususnya umat islam agar menfaatkan laman blog ini baik dari segi cadangan , luahan , aktiviti yang berlaku serta apa jua yang berkaitan bagi mengimarahkan lagi rumah Allah s.w.t. iaitu surau taman desa kluang , Johor.
Dengan itu saya doakan agar ahli kariah surau serta penduduk taman desa kluang , Johor khususnya umat islam agar terus mengejar kecermerlangan didalam kehidupan sebagai seorang muslim atau muslimah yang sejati lagi di berkati Allah s.w.t. dan mengekalkan jati diri sebagai seorang umat islam yang berilmu , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berketrampilan baik di rumah atau di luar rumah. Ingatlah , kejayaan yang dicari tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha , tawakal serta tekad yang bersungguh - sungguh.

Sekian, wassalam....
Pengerusi biro penerbitan & teknologi maklumat.
Surau taman desa kluang , Johor.

Tiada ulasan: