SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1432, dari kami Ahlijawatankuasa dan pegawai Surau Taman desa Kluang. Johor. Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada kita semua dan umat islam sedunia , Ameen...
MUHARRAM, ianya adalah bulan yang pertama dalam tahun Islam ( Hijrah ). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah , ukhuwwah dan syiar islam itu sendiri.
Pada asasnya , Muharram membawa maksud ' diharamkan ' atau 'dipantang' . Iaitu Allah S.W.T. melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun yang demikian larangan itu ditamatkan setelah pembukaan Makkah ( Al-Baqarah : 91 ). Sejak pemansuhan itu, umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
DOA AKHIR TAHUN.
Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib, pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan membaca doa ini , Allah S.W.T. mengampunkan dosanya setahun yang lalu. Terjemahan Doa tersebut adalah;
" Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada tahun ini , aku telah melakukan larangan - laranganMU tapi aku belum bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini , aku mohon keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini, yang Engkau redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya dari Engkau , YA ALLAH, YA KARIM, YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah pemohonanku ini dan jangan lah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU. Selawat dan salam ke atas jujjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala pujian tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. "
DOA AWAL TAHUN.
Doa ini di baca sebanyak 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Terjemahan Doa tersebut adalah :
" Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku memohon ENGKAU perlindungan daripada syaitan yang di rejam, kuncu-kuncunya tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya, dan aku mohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan pekara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."
ATURCARA MAJLIS.
- Majlis Yasin & Tahlil.
- Bacaan Doa Akhir Tahun 1431H.
- Solat Maghrib Berjemaah.
- Bacaan Doa Awal Tahun 1432H.
- Ceramah Hijrah oleh penceramah
Undangan: Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said
( Pengetua Sek.Men. Agama Arab Kluang. )
- Solat Isyak' Berjemaah.
- Jamuan Ringan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan